• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

METMALAYSIA KELUARKAN NASIHAT TAUFAN NESAT

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu berada di kedudukan 380 km ke timur Hainan, China.

Menurut jabatan itu berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi ini, taufan itu bergerak ke barat barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 139km/jam.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini