WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

LIMA PENDAKI DITEMUI SELAMAT, TERKANDAS KETIKA DAKI GUNUNG BRONANG

Mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita itu gagal turun dari air terjun Gunung Bronang kerana cuaca hujan dan gelap ketika kejadian


Back To Whats Hot

BAU, 17 OKT: Lima pendaki ditemui selamat selepas terkandas ketika mendaki Gunung Bronang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.50 petang.

Mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita itu gagal turun dari air terjun Gunung Bronang kerana cuaca hujan dan gelap ketika kejadian.

Usaha pencarian oleh anggota Bomba dengan bantuan orang kampung menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat sekitar jam 10 malam.

Kesemua mangsa kemudian dibawa turun dan diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing.

Susulan penemuan mangsa, operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya jam 12.10 tengah malam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM