WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

WANITA ALAMI GANGGUAN HORMON LELAKI, BANGGA MILIKI JAMBANG

Wanita ini mengalami masalah gangguan hormon lelaki berlebihan sejak usia 12 tahun. - LaRae Perkins


Back To Whats Hot

SACRAMENTO, California – Seorang wanita yang mengalami masalah gangguan hormon hingga menyebabkan wajahnya ditumbuhi misai dan janggut  bertekad  tidak akan mencukur bulu tersebut, lapor portal berita MailOnline.

Malah, LaRae Perkins yang berasal dari Compton, negeri California mendakwa, perbuatan mencukur janggut dan misai akan merosakkan rupa parasnya.

Menurut Perkins, dia bergelut dengan masalah bulu pada wajahnya sejak zaman usia remaja lagi.

Bagaimanapun, dia kini memutuskan untuk berhenti berasa malu dan mahu menjadi simbol keberanian kepada golongan wanita yang berdepan masalah serupa.

“Sekarang, saya berbangga dengan penampilan berjambang. Saya juga melancarkan koleksi pakaian sendiri dinamakan Yes, I’m A Girl.

“Saya juga berhenti merawat semua masalah berkaitan hormon kerana ia adalah sindrom yang tidak akan hilang dan akan kekal sehingga saya meninggal dunia,” jelas Perkins.

Tambah wanita itu, dia juga tidak berasa terhina dengan soalan rambang orang ramai yang kadangkala bertanya ‘adakah anda wanita?’ atau ‘anda spesies manusia jenis apa?’.

“Saya mewakili ramai wanita di luar sana dengan masalah sama. Saya ingin memberitahu  masyarakat bahawa sindrom ini bukan perkara pelik dan kami manusia biasa,” tegasnya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini