WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BAYI 8 BULAN TERTELAN PENGETIP KUKU

Imbasan sinar X yang menunjukkan pengetip kuku tersekat dalam kerongkong seorang bayi berusia lapan bulan. - SWNS


Back To Whats Hot

NEW DELHI – Seorang bayi lelaki berumur lapan bulan di India berdepan detik cemas apabila tertelan pengetip kuku semasa sedang bermain dengan alat tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kejadian pada 19 September lalu di daerah Nashik, barat India itu menyaksikan mangsa dikejarkan ke sebuah hospital selepas pengetip kuku tersekat pada kerongkongnya.

Beberapa gambar yang tular menunjukkan doktor-doktor bertungkus lumus cuba mengeluarkan alat tersebut dalam satu pembedahan kecemasan.

Bayi itu dikatakan menelan pemotong kuku sepanjang lima sentimeter semasa sedang bermain dan segera dibawa ke hospital sebaik sahaja disedari oleh ibu bapanya.

Imbasan X-ray yang diambil memaparkan dengan jelas pengetip kuku itu tersekat di dalam kerongkong mangsa dan hampir menghalang seluruh ruang udaranya.

Mangsa menjalani pembedahan kecemasan selama sejam di Kolej Perubatan Pawar di Adgao sebelum pengetip kuku itu berjaya dikeluarkan.

Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dan sihat selepas pembedahan selesai.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini