WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

LELAKI TELAN CICAK, LIPAN HIDUP-HIDUP KERANA RASANYA LAZAT

Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun Instagram mengenai aksi lelaki memakan serangga hidup-hidup.- Instagram


Back To Whats Hot

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang rasa jijik netizen apabila memuat naik sebuah klip video memaparkan dia menelan cicak dan cengkerik hidup-hidup, lapor laman berita Suara semalam.

Menerusi video berdurasi lima minit yang dikongsi oleh akaun Instagram @terangmedia, lelaki berkenaan turut memaklumkan bahawa selain serangga, dia juga memakan ular, lipan dan kalajengking hidup-hidup.

“Ini adalah hidangan biasa bagi saya dan bukan mahu menunjukkan apa-apa amalan tentang bagaimana mahu menjadi manusia kebal.

“Serangga dan haiwan yang saya beritahu dalam vidoe ini adalah hidangan kegemaran kerana pada saya, semua serangga ini rasanya sangat enak. Terima kasih,” kata lelaki tersebut.

Tambahnya, dia juga lebih suka memakan daging haiwan seperti ayam, malah anak harimau dalam keadaan mentah dan tidak suka memasaknya seperti orang biasa.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini