WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

PERUBAHAN IKLIM JEJASKAN WAKTU TIDUR

GOLONGAN dewasa diramalkan akan tidur lebih lewat dan bangun lebih awal. – Earth.com


Back To Whats Hot

COPENHAGEN – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa perubahan iklim akan menjejaskan waktu tidur manusia selama 50 hingga 58 jam setahun menjelang 2029, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal One Earth itu mendedahkan bahawa perkara tersebut lebih menjejaskan penduduk yang tinggal di negara-negara membangun. 

Pengarang kajian, Kelton Minor berkata, beliau dan pasukannya menganalisis data dan maklumat yang diambil daripada gelang penjejak tidur yang digunakan oleh 48,000 individu di 68 buah negara antara tahun 2015 hingga 2017. 

Antaranya termasuk Britain, Amerika Syarikat, Australia, Perancis, India, Mexico dan Kanada. 

Menurut kajian tersebut, peningkatan suhu akan menyebabkan manusia tidak dapat tidur dalam tempoh 50 hingga 58 jam setahun menjelang 2029 dengan kadar 10 minit direkodkan pada setiap malam.

Penduduk di negara-negara berpendapatan rendah juga dikatakan akan mengalami kekurangan tidur akibat perubahan suhu.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa pada masa hadapan, orang dewasa akan tidur pada waktu lebih lewat dan bangun lebih awal. Golongan itu turut diramalkan kurang tidur pada malam yang panas.

Punca di sebalik perkara tersebut adalah suhu teras badan manusia perlu turun bagi membolehkan seseorang tidur. Ia bagaimanapun akan sukar dicapai disebabkan suhu yang tinggi. Perubahan itu dikatakan akan berlaku dengan beberapa kesan fizikal dan mental yang buruk.

“Badan kita sangat mudah disesuaikan untuk mengekalkan suhu teras badan yang stabil, sesuatu yang bergantung kepada kehidupan manusia.

“Namun pada setiap malam, badan kita melakukan sesuatu yang luar biasa tanpa disedari apabila mengeluarkan haba dari teras ke persekitaran dengan melebarkan saluran darah yang meningkatkan aliran darah ke tangan dan kaki,” jelas Minor.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini