WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KEMBAR BERSALIN PADA HARI SAMA

Zach, Cheplak, Justiniani dan Ian berada di hospital beberapa jam sebelum melahirkan. - Jill Justiniani and Erin Cheplak


Back To Whats Hot

YORBA LINDA, CALIFORNIA – Sepasang kembar seiras perempuan dilaporkan melahirkan bayi mereka pada hari sama di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Jill Justiniani dan Erin Cheplak, masing-masing melahirkan bayi lelaki dalam tempoh selang beberapa jam.

Bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada 5 Mei lalu, turut mempunyai saiz ukuran yang sama. Oliver dan Silas masing-masing dilahirkan dengan berat 3.26 kilogram dan panjang 50.8 sentimeter.

Jill melahirkan Oliver pada pukul 6.39 (waktu tempatan), manakala Erin melahirkan Silas pukul 11.31 malam hari yang sama.

Erin memberitahu rancangan bual bicara televisyen, Good Morning America (GMA) bahawa dia berkahwin dengan suaminya, Zach yang juga anak kembar dalam majlis sederhana semasa pandemik Covid-19 melanda. Mereka kemudian mengadakan majlis yang lebih besar dan meriah pada Ogos 2021.

Sejurus sebelum dia berkahwin, saudara kembarnya berkongsi berita bahawa dia hamil. Seminggu kemudian, Erin mendapati dia juga mengandung anak pertama.

“Saya mengambil ujian kehamilan dan mendapat keputusan positif,” kata Erin sambil menambah, dia membuat panggilan video kepada kakaknya untuk mengesahkan perkara tersebut.

Jill bersalin melalui kaedah pembedahan Caesarean Section (C-Sect) pada 5 Mei lalu, manakala Erin dijadualkan melahirkan anak pada 15 Mei tetapi bersalin 10 hari lebih awal.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini