WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PELAJAR CIPTA REKOD DUNIA BERJALAN ATAS TALI PAKAI KASUT TUMIT TINGGI

Wunderle berjalan di atas tali sebanyak 52 kali dengan catatan jarak hampir 195 m. – Windham Northeast Supervisory Union/Facebook


Back To Whats Hot

WINDHAM, VERMONT – Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Vermont, Amerika Syarikat secara tidak rasmi memecah Guinness World Records apabila berjalan di atas tali sejauh hampir 195 meter sambil memakai kasut tumit tinggi, lapor agensi berita United Press International semalam.

Ariana Wunderle yang merupakan pelajar tahun akhir Sekolah Tinggi Bellows Falls Union, melakukan aksi pada ketinggian 1.8 meter itu sambil memakai kasut dengan tumit setinggi 10 sentimeter.

Dia berjalan di atas kabel sebanyak 52 kali dengan catatan jarak hampir 195 meter.

Ia sekali gus memecahkan rekod terdahulu yang dicipta oleh seorang artis persembahan dari Rusia, Oxana Seroshtan pada tahun 2014. Oxana berjalan di atas tali sejauh 14.9 meter menggunakan kasut tumit tinggi.

Aksi Wunderle itu dilakukan bagi mengumpul dana sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan untuk golongan belia, Circus Smirkus.

Rakaman percubaan memecah rekod itu juga telah dihantar kepada Guinness World Records untuk pengiktirafan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini