WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

IKAN KAYA MINYAK OMEGA 3 CEGAH JERAWAT

PENGAMBILAN ikan yang kaya minyak omega 3 seperti salmon mampu mencegah jerawat. - AFP


Back To Whats Hot

MUNICH: Sekumpulan pakar percaya pengambilan ikan yang kaya dengan minyak omega 3 seperti salmon dan makarel mampu mencegah jerawat serta membantu mengekalkan kejelitaan kulit wajah.

Penemuan itu dibentangkan oleh penyelidik dari Jabatan Dermatologi dan Alergi di Universiti Ludwig-Maximilian di Munich, dalam satu persidangan perubatan hujung minggu lalu.

Lapor Daily Mail, pakar dermatologi dari Jerman membuat penemuan tersebut selepas mengkaji diet pemakanan membabitkan 100 sukarelawan termasuk 12 individu yang mempunyai jerawat.

Kumpulan penyelidik itu turut memeriksa tahap penanda nutrisi tertentu dalam darah mereka.

Pakar mendapati 94 orang mempunyai nutrisi omega 3 di bawah tahap yang disyorkan.

Menurut pakar, sukarelawan yang memiliki tahap omega 3 rendah lebih cenderung mempunyai kandungan tinggi hormon menyebabkan jerawat yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan seakan insulin (IGF-1). 

Pasukan penyelidik percaya minyak omega mempunyai ciri-ciri anti-radang yang dapat membantu menghalang pembentukan jerawat.

Malah, ketua pasukan penyelidik, Dr. Anne Gurtler berkata, minyak omega 3 dilihat `paling menjanjikan’ sebagai cara untuk menghalang jerawat disebabkan oleh kesan anti-radangnya.

“Pemakanan memainkan peranan penting dalam pencegahan dan permulaan bagi banyak penyakit termasuk masalah dermatologi seperti jerawat vulgaris.

“Pakar kesihatan harus menasihatkan pesakit mereka mengenai bagaimana pilihan diet mereka mungkin memberi kesan kepada diagnosis dermatologi dan berpotensi meningkatkan hasil terapeutik,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini