• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

WANITA PENGSAN SELEPAS DILAMAR BOYFRIEND

Mungkin kerana terlalu teruja atau terkejut dilamar kekasihnya, seorang wanita, pengsan sebaik sahaja menerima cincin lamaran daripada teman lelakinya


Back To Whats Hot

German Benitez melamar teman wanitanya Reyna Renteria dalam satu masjlis yang dihadiri oleh beberapa rakan serta sekumpulan pemuzik.

Menerusi video pendek berdurasi kurang 30 saat, Reyna yang memakai dress paras paha berwarna putih berjalan menghampiri Benitez.

Mereka berhadapan antara satu sama lain sebelum Benitez bertindak menyerahkan sebuah kotak berwarna gelap dan disambut baik oleh Reyna.

 

Wanita Kejung, Pengsan Selepas Dilamar Boyfriend

Wanita Kejung, Pengsan Selepas Dilamar Boyfriend

Tiba-tiba Reyna seolah-olah kejung dan badannya terhumban ke belakang lalu jatuh ke lantai tanpa sempat dicapai oleh Benitez.

Walau bagaimanapun, Reyna bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan dan menerima lamaran Benitez setelah sedar dari pengsan lapor Latino Foxnews.

Video kejadian itu menjadi viral apabila Reyna memuat naik ke laman sosial Facebooknya dan ditonton lebih daripada 4 juta kali.

“Saya teruja, tidak percaya, terkejut tetapi gembira dan berada dalam keadaan sihat” tulisnya dalam bahasa Sepanyol.

Susulan viralnya video tersebut, Reyna digelar ‘Lady Compromiso’ (Wanita bertunang) oleh pengguna laman sosial.

Malah pasangan Benitez dan Reyna juga mendapat perhatian daripada beberapa syarikat dan jenama yang sudi menawarkan mereka keperluan kahwin seperti cincin kahwin dan juga jurugambar.

Sumber: HMetro