WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

JONG-UN BAWA TANDAS SENDIRI BILA KELUAR RUMAH

Kenderaan jenis Mercedes Benz yang sering digunakan Jong-un dipercayai memiliki sebuah tandas khas di dalamnya. - Express UK


Back To Whats Hot

PYONGYANG – Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un didakwa membawa tandas peribadi beliau ke mana-mana sahaja kerana tidak mempercayai tandas awam, lapor akhbar Mirror UK  kelmarin.

Diktator Korea Utara itu memiliki kemudahan membuang air di dalam setiap kenderaan miliknya dan hanya akan menggunakan tandas sendiri  setiap kali berada di luar kediaman.

Menurut sumber, Jong-un berkelakuan demikian kerana ingin memastikan najisnya dilindungi dan tidak disentuh, malah dilihat oleh sesiapa.

“Tandas dalam keretanya juga dikawal ketat oleh pengawal keselamatan dan sesiapa yang ditahan menggunakan kemudahan itu boleh dihukum bunuh.

“Mungkin ada maklumat rahsia mengenai tahap kesihatan yang boleh diketahui jika najisnya jatuh ke tangan orang luar,” ujar sumber.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, tahap kesihatan Jong-un menjadi topik hangat selepas  berat badan pemimpin tersebut turun dengan mendadak.

Pakar-pakar  kesihatan dunia pernah meramalkan Jong-un yang memiliki berat badan obes 139 kilogram dengan ketinggian yang agak rendah, berisiko mendapat serangan jantung pada bila-bila masa sahaja.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini