WHAT'S NEXT

CATS UJUNG MINGGU

01.00pm - 04.00pm

TREND TELUR DALAM NEGARA BERMUSIM

Telur gred C dan D kini menjadi pilihan pengguna di Lembah Klang kerana harganya lebih murah


Back To Whats Hot

SHAH ALAM – Trend pengeluaran telur ayam di negara ini dikatakan bermusim sehingga menyebabkan gangguan bekalannya di pasaran.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, faktor cuaca tidak menentu khususnya antara penyebab yang bukan sahaja menyebabkan rantaian pengeluaran sektor pertanian terkesan malah turut melibatkan produktiviti haiwan ternakan dan perikanan.

Menurutnya, kejadian banjir serta peningkatan harga bekalan makanan ayam yang diimport dari luar negara turut mempengaruhi kekurangan pengeluaran telur.

“Telur ikut trend… terutamanya bulan ini (Januari) hasilnya kurang tapi bulan depan (Februari) akan meningkat balik kerana perkara ini (pengeluaran telur ayam) bermusim.

“Kenaikan (harga) juga berdasarkan pesanan dan bekalan. Begitu juga banjir serta pekerja terjejas kerana Covid-19, sebab kalau tiada pekerja lagi sukar hendak keluarkan makanan, ayam, telur.

“Bekalan makanan (ayam), bahan mentah kita import, memang harga cukup meningkat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor Kali Ke 44, di Hotel Mardhiyah di sini malam tadi.

Sumber: Kosmo Online!
oleh Abdul Razak Idris
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini