WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KERETA TERBANG DAPAT SIJIL KELAYAKAN AVIASI

Kereta tebang itu berjaya menyelesaikan satu penerbangan selama 35 minit pada Jun tahun lalu. – Klein Vision


Back To Whats Hot

BRATISLAVA, SLOVAKIA – Sebuah kereta terbang yang mampu mencapai kelajuan melebihi 160 kilometer sejam dan ketinggian melebihi 2.5 kilometer dilaporkan menerima sijil kelayakan udara oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Kereta terbang hybrid milik syarikat Klein Vision AirCar itu dilengkapi enjin Bavarian Motor Works (BMW) dan menggunakan petrol sebagai bahan api.

Ia mengambil masa selama dua minit dan 15 saat untuk bertukar daripada kereta menjadi sebuah pesawat.

Menurut syarikat berkenaan, pihaknya perlu melakukan ujian penerbangan selama 70 jam dengan lebih daripada 200 pelepasan dan pendaratan untuk mendapatkan sijil tersebut.

“Pensijilan AirCar menjadi titik tolak kepada pengeluaran kereta terbang yang sangat cekap secara besar-besaran.

“Ia adalah rasmi dan keupayaan kami akhirnya disahkan untuk mengubah perjalanan jarak a jauh,’’ kata penciptanya, Profesor Stefan Klein.

Pada Jun tahun lalu, kereta terbang itu dilaporkan berjaya menamatkan penerbangan selama 35 minit antara lapangan terbang antarabangsa yang terletak di bandar Nitra ke bandar Bratislava, Slovakia. 

Ia dikatakan berlepas dan mendarat seperti pesawat konvensional serta memerlukan lesen juruterbang untuk diterbangkan.

Bagaimanapun, beberapa syarikat sedang berusaha mewujudkan perkhidmatan teksi udara dengan penerbangan automatik tanpa pemandu serta pelepasan dan pendaratan menegak (VTOL) iaitu tanpa landasan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini