WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

TIGA TAHUN TIDAK BOLEH TUTUP MATA

Keadaan mata Broadhurst yang tidak tertutup rapat sejak tiga tahun lepas. - SWNS


Back To Whats Hot

LONDON – Seorang warga emas di Britain berdepan masalah tidak dapat menutup matanya selama tiga tahun gara-gara pembedahan plastik yang gagal, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pete Broadhurst,79, berkata, dia menjalani pembedahan plastik bagi mengecilkan pipinya, namun kesan yang dialami selepas itu sangat menyeksakan.

Kelopak matanya tidak boleh ditutup selepas pembedahan dan kekal begitu selama tiga tahun.

“Jika saya mahu tidur, saya akan meletakkan pita pelekat pada hujung mata dan dilekatkan pada muka.

“Wajah saya menakutkan dan saya perlu menggunakan titisan air mata lapan kali sehari bagi mengelakkan mata saya kering,” katanya.

Tambah Broadhurst, dia menghabiskan £11,000 (RM62,850) ketika melakukan pembedahan plastik tersebut.

Penglihatannya kini sangat kabur sehingga tidak boleh memandu kereta atau melihat mimik muka orang lain.

Semua hospital swasta enggan menjalankan pembedahan lanjut kerana bimbang keadaan Broadhurst akan menjadi lebih buruk, manakala Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, dia perlu menunggu selama setahun.

Lelaki itu kini terdesak untuk mendapatkan rawatan alternatif di luar negara termasuk sebuah hospital di Turki yang menawarkan rawatan pada sekitar £7,000 (RM39,990).

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini