• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

DAFTAR MENGUNDI & SEMAKAN SECARA ONLINE 2016

Kepada yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang


Back To Whats Hot
Kepada yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.
 
Syarat Sebagai Pemilih 
  • Warganegara Malaysia
  • Sudah mencapai umur 21 tahun
  • Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
 

Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A
 
1 – Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu
2 – Daftar mengikut alamat terkini di JPN
3 – Pastikan Borang A diisi dengan betul. 
4 –  Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:

(a) Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
(c) Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR.
Nota: Borang A yang telah lengkap diisi TIDAK BOLEH dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.


5 – Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan
6 – Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda;

 
Cara mendaftar melalui pejabat pos . Caranya:
1) Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap "saya nak daftar sebagai pengundi".
2) Hulurkan ic anda
3) Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam computer oleh staf yang bertugas di kaunter.
4) Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, korang hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
5) Siap. Ajak rakan-rakan yang sudah layak untuk mendaftar!
 
Semakan Pemilih secara Online

Sila layari atau klik Semakan Daftar Pemilih Dan Lokasi Mengundi