• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

HOTEL MAYAT

Jepun kini menawarkan lebih banyak hotel bagi menyimpan sementara mayat sebelum proses pengebumian


Back To Whats Hot

Tokyo: Jepun kini menawarkan lebih banyak hotel bagi menyimpan sementara mayat sebelum proses pengebumian.

Kewujudan banyak hotel mayat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan itu kerana faktor lokasi penempatan mayat sementara sebelum dimasukkan ke krematorium semakin berkurangan.

Kekurangan kemudahan itu juga disebabkan banyak kematian berlaku selari dengan status Jepun sebagai negara tua pada masa ini apabila kebanyakan penduduknya kini mempunyai usia lebih 50 tahun.

Mengikut data Kementerian Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kesejahteraan, jumlah kematian tahunan di Jepun mencecah 1.37 juta.

Namun, dianggarkan jumlah kematian akan meningkat lebih 1.6 juta setiap tahun menjelang 2030.

Menurut sebuah kumpulan perbincangan Pencinta Jepun, peranan hotel mayat sangat besar kerana menjadi tempat persinggahan sementara mayat sebelum dibakar atau dikebumikan.

Bagaimanapun, di sesetengah tempat di Jepun, masyarakat mereka masih tidak terbuka malah mendiskriminasikan mayat serta melakukan gerakan menolak pembangunan hotel mayat.

Pihak wilayah Kanagawa juga berdepan kesukaran memujuk masyarakat setempat ketika mahu membina hotel mayat di sekitar Kawasaki apabila ramai berpendapat kemudahan itu tidak disenangi kerana dekat dengan kediaman mereka.

Seorang pengkritik dan penulis Jepun, Atsushi Manabe berkata, manusia memerlukan kemudahan itu tetapi ia tidak wajar dibina berdekatan penempatan penduduk.

"Mayat paling didikriminasi di Jepun. Saya tak menganggapnya sebagai manusia kerana ia makhluk aneh," katanya seperti dilaporkan Tribunnews.com.

Sumber: Harian Metro