WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

TIADA ‘MOOD’ SAMBUT DEEPAVALI

Bakal menyambut Deepavali tidak lama lagi, keluarga bintang Bollywood Shah Rukh Khan difahamkan tidak akan meraikan perayaan tersebut


Back To Whats Hot

Bakal menyambut Deepavali tidak lama lagi, keluarga bintang Bollywood Shah Rukh Khan difahamkan tidak akan meraikan perayaan tersebut.

Isteri kepada Shah Rukh Khan iaitu Gauri Khan dilaporkan melarang tukang masak di kediaman mereka daripada menghidangkan sebarang juadah manisan sehinggalah Aryan yang kini ditahan di Penjara Arthur Road, Mumbai susulan kes dadah, pulang.

Difahamkan Gauri mengeluarkan arahan itu selepas mendapati tukang masak di kediamannya sedang memasak kheer, iaitu sejenis puding manis popular di India untuk makan tengah hari.

Manisan merupakan makanan wajib kepada masyarakat India di seluruh dunia terutamanya ketika mengadakan upacara keramaian termasuk perkahwinan dan keagamaan.

Malah manisan juga menjadi simbolik untuk menggambarkan rasa gembira dan kesyukuran.

Sebelumnya, dilaporkan bahawa Gauri turut membuat hajat untuk Aryan dan berdoa ketika perayaan Navratri.

Dia juga berhenti mengambil gula sejak Navratri bermula pada 7 Oktober.

Keluarga itu mengharapkan Aryan dapat dibebaskan dan kembali bersama keluarga sebelum sambutan Deepavali yang bakal menjelang.

Terdahulu, Shah Rukh Khan difahamkan meminta rakan selebriti yang lain untuk tidak mengunjungi kediamannya buat seketika, dan mahu meluangkan masa bersama keluarga ketika waktu genting ini.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh Rupee dalam serbuan itu.

Sumber: mStar