• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

TARIKAN TERBAHARU AIR TERJUN WONG PEJIK

Nancy ketika bergambar di hadapan Air Terjun Wong Pejik semasa mengadakan lawatan kerja ke Belaga


Back To Whats Hot

Belaga: Air Terjun Wong Pejik di sini, bakal mendapat jolokan Niagara Falls di Malaysia Timur berikutan keindahannya yang setanding dengan air terjun di taman negara tertua di Amerika Syarikat itu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, air terjun terletak di Sungai Linau Belaga itu bakal diangkat menjadi salah satu produk pelancongan terbaharu di Sarawak berikutan keindahan serta kejernihan airnya.

"Saya serta rombongan telah melihat sendiri keindahan air terjun ini apabila kekayaan biodiversiti serta keindahan alam semulajadi terdapat di sekelilingnya berupaya menjadi tarikan utama pengunjung dari dalam dan luar negara untuk datang melawat air terjun ini," katanya ketika sesi lawatan kerja tiga hari ke Sarawak yang berakhir semalam.

Lawatan kerja disertai rombongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu melawat ke dua lokasi utama berpotensi untuk dijadikan kawasan pelancongan terbaharu di wilayah tengah Sarawak iaitu Air Terjun Wong Pejik dan Inap Desa Umar Belor Leo Dian di Sungai Asap Belaga.

Beliau berkata, dalam lawatan itu, pihaknya turut membincangkan beberapa strategi bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Sarawak, sekali gus mengangkat semula industri pelancongan di negeri ini.

Menurutnya, keindahan alam semulajadi di di kawasan Lusong Laku Belaga itu memberikan keyakinan kepada semua penggiat industri pelancongan di Sarawak bahawa industri terbabit mampu untuk pulih seperti sedia kala.

Sumber: Harian Metro
Foto Erika George