WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MAKANAN JALANAN POPULAR KERANA SQUID GAME

Sejenis makanan jalanan yang asalnya sering dijual di gerai jalanan di Korea Selatan kini popular di peringkat global


Back To Whats Hot

Seoul: Sejenis makanan jalanan yang asalnya sering dijual di gerai jalanan di Korea Selatan kini popular di peringkat global selepas ia dipaparkan menerusi siri popular Netflix, Squid Game.

Biskut sarang lebah dalgona itu diperbuat daripada gula dan serbuk penaik, bukan saja kembali popular di jalan-jalan di Korea Selatan, tetapi ia kegilaan di platform media sosial seperti TikTok.

Pengguna media sosial berkongsi resipi untuk menghasilkan makanan itu dan melakonkan semula babak berkaitan dengannya yang dipaparkan menerusi Squid Game.

Gula-gula itu dipaparkan menerusi episod ketiga siri itu, yang kini menjadi siri paling popular Netflix.

Menerusi episod berkenaan, peserta satu permainan perlu 'mengukir' bentuk tertentu pada gula-gula keras itu.

Jika gagal berbuat demikian atau bentuk yang terpapar itu rosak, peserta akan dibunuh.

Bentuk payung, bintang, bulatan dan segi tiga yang menjadi simbol dalam Squid Game kini menjadi pilihan popular untuk penjaja makanan jalanan itu di Korea Selatan.

Sumber: Harian Metro
Foto EPA