• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

THAILAND PERKENAL THAILAND PASS

Thailand akan menggantikan Certificate of Entry (CoE) dengan Thailand Pass untuk memendekkan proses dokumentasi perjalanan bagi pelawat


Back To Whats Hot

Bangkok: Thailand akan menggantikan Certificate of Entry (CoE) dengan Thailand Pass untuk memendekkan proses dokumentasi perjalanan bagi pelawat yang memasuki negara ini selepas pembukaan semula sempadan pada 1 November.

Bagi mempermudah proses perjalanan, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata, Thailand Pass iaitu sistem berasaskan web-based untuk pelancong yang memasuki negara ini dan mereka hanya perlu mengisi maklumat masing-masing dan memuat naik dokumen berkaitan sebelum melakukan perjalanan.

Ketika ini, pengembara perlu mendapatkan CoE, surat yang dikeluarkan Kedutaan Thailand atau Konsulat untuk membenarkan pemegang visa asing masuk ke negara ini.

Sejak April 2020, katanya, Kementerian Luar sudah mengeluarkan lebih 400,000 CoE kepada warga Thailand dan pelancong asing.

"Bagaimanapun, CoE masih akan digunakan untuk beberapa kumpulan pelancong seperti pesakit yang perlu tinggal di Kuarantin Hospital Alternatif yang perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu untuk persiapan, pelancong yang melintasi sempadan darat dan mereka yang melakukan perjalanan secara berkumpulan atau dengan kapal layar dan kapal pesiaran," kata Tanee pada sidang media di sini, semalam.

Pada Isnin, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengumumkan Thailand akan menghentikan syarat kuarantin kepada pelawat lengkap vaksin COVID-19 yang tiba dengan perkhidmatan udara dari negara-negara berisiko rendah termasuk United Kingdom, Singapura, Jerman, China dan Amerika Syarikat mulai 1 November.

Namun, mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) yang dipengerusikan Prayuth belum memuktamadkan lagi senarai nama negara berisiko rendah.

Sementara itu, jurucakap CCSA Dr Taweesin Visanuyothin berkata, Thailand akan terus mengurangkan sekatan Covid-19 di Bangkok dan di 22 wilayah zon merah gelap mulai 16 Oktober.

Tempoh perintah berkurung waktu malam akan dikurangkan dari 10 malam-4 pagi kepada 11 malam - 3 pagi manakala operasi pusat beli-belah dan kedai serbaneka dibenarkan dibuka sehingga 3 pagi.

"Pusat hiburan termasuk pub, bar dan karaoke masih ditutup," katanya.

Pada Khamis, Thailand mencatat 11,276 kes baharu Covid-19 dan 112 kematian untuk tempoh 24 jam sebelumnya.

Sumber: BERNAMA