WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TERKUNCI LEHER IBU

Seorang wanita di China mendapatkan bantuan polis selepas kunci basikal yang dikalungkan di lehernya tidak dapat dibuka


Back To Whats Hot

Beijing: Seorang wanita di China mendapatkan bantuan polis selepas kunci basikal yang dikalungkan di lehernya tidak dapat dibuka.

Kejadian 7 Oktober lalu berlaku apabila anak wanita itu berusia empat tahun meletakkan kunci basikal itu pada leher ibunya serta terlupa kod kunci untuk membuka semula.

Akibatnya, wanita itu mendapatkan bantuan polis di balai polis Huai'an di Jiangsu dalam keadaan panik dengan kunci basikal itu masih pada leher.

Wanita itu memberitahu pegawai polis, anak lelakinya bermain dengan kunci basikal itu ketika dia mencuci tandas.

Kanak-kanak itu kemudian meletakkan kunci itu pada leher ibunya.

Pada mulanya, wanita itu menganggap perbuatan anaknya sekadar jenaka, apatah lagi dia mengetahui kod membuka kunci basikal berkenaan.

Namun, dia panik apabila menyedari kod asal tidak boleh digunakan kerana anaknya menukar kod terbabit.

"Saya tidak boleh buka kunci basikal itu dengan kod yang saya tetapkan.

"Saya tak tahu berapa kali dia tukar kod itu, jadi saya pun panik," katanya kepada polis yang dipetik portal Oditty Central.

Polis memeriksa kunci basikal itu, tetapi tidak dapat membantu wanita itu sebelum memanggil pasukan bomba.

Pasukan bomba meletakkan tuala kecil di antara leher dan kunci basikal itu untuk membolehkan mereka memotong kunci berkenaan.

Wanita itu menarik nafas lega selepas pasukan bomba memotong kunci itu.

Dia juga sempat memberitahu bahawa sudah memukul anaknya kerana berkelakuan nakal.

Sumber: Harian Metro