WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SEMPUT HISAP VAPE

Padah tabiat menghisap vape, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Australia, nyaris maut


Back To Whats Hot

Sydney: Padah tabiat menghisap vape, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Australia, nyaris maut.

Ia selepas Dakota Stephenson dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap masalah kelainan paru-paru berpunca daripada tabiat berkenaan.

Penyakit itu dikenali sebagai Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali) atau kecederaan paru-paru yang berkait dengan penggunaan produk vape.

Portal Kompas melaporkan, Dakota dikejarkan ke hospital pada September lalu dengan menaiki ambulans, beberapa hari selepas dia mengalami sakit punggung dan kesulitan ketika membuang air kecil.

Dia kemudian muntah-muntah, di samping degupan jantung menjadi cepat selain suhu badannya meningkat sehingga 39 darjah Celsius.

Ibunya, Natasha memberitahu bahawa Dakota mengalami masalah pernafasan hingga terpaksa menggunakan bantuan ventilator.

Pada awalnya, doktor di hospital menyangka Dakota dijangkiti Covid-19.

"Ketika itu Dakota mengalami kesulitan untuk bernafas dan (keadaannya) semakin parah," kata Natasha.

Dalam beberapa jam Dakota mengalami hipoksia apabila bekalan oksigen tidak mencukupi untuk paru-parunya kerana remaja itu mengalami pneumonia.

Pada waktu itu, Dakota terpaksa berterus-terang kepada ibunya bahawa dia sudah menghisap vape selama tujuh bulan.

Dakota hanya dibenarkan keluar dari hospital selepas seminggu menerima rawatan.

Dia kini sukar untuk bersukan walaupun sebelum ini adalah seorang yang aktif.

Sehubungan itu, Dakota mengingatkan remaja lain mengenai kemungkinan dan risiko daripada tabiat menghisap vape.

"Ia boleh membunuh kamu dan sangat menakutkan," katanya.

Sementara itu, Natasha mengakui terkejut selepas tahu Dakota menghisap vape.

"Waktu paling sukar adalah ketika harus membawanya ke hospital.

"Kata-kata tidak dapat menggambarkan perasaan saya sebagai ibunya," katanya.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi