WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TARZAN MENINGGAL

Ho Van Lang tinggal di dalam hutan sejak berusia dua tahun


Back To Whats Hot

Hanoi: Seorang lelaki di Vietnam yang sebelum ini dianggap 'Tarzan Sejati' kerana menghabiskan sebahagian besar hidupnya di hutan, dilaporkan meninggal dunia.

Ho Van Lang, 52, disahkan meninggal dunia akibat kanser hati pada 6 September lalu.

Lelaki itu hanya menghabiskan lapan tahun terakhir hayatnya bersama masyarakat bertamadun.

Dia tinggal bersama bapanya Ho Van Thanh di sebuah kampung terpencil di negara ini selepas kedua-duanya keluar dari hutan di daerah Tra Bong.

Sebelum itu, dua beranak itu hidup dalam hutan seperti kisah filem terkenal Hollywood, dengan memakai pakai dibuat daripada daun selain memburu haiwan untuk dijadikan makanan.

Mereka juga langsung tidak berhubung dengan dunia moden, lebih empat dekad lalu.

Thanh, seorang veteran tentera membuat keputusan meninggalkan kampungnya pada 1972 bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun.

Keputusan itu dibuat selepas Amerika Syarikat mengebom rumah yang membunuh isteri serta dua lagi anaknya.

Lang dan Thanh menjadikan buah, sayuran, madu dan daging monyet, tikus, ular, cicak, katak dan ikan sebagai makanan.

Thanh berkata, dia berdepan dengan trauma untuk kembali semula ke dunia asalnya kerana tidak percaya Perang Vietnam berakhir.

Dia dan anaknya ditemui penduduk tempatan pada 2013 sebelum dibawa keluar dari hutan untuk kembali hidup bersama masyarakat.

Pengembara, Alvaro Cerezo berkata, dia begitu sedih melihat keadaan dua beranak itu dan merasai penderitaan dialami Lang sejak sebulan lalu.

"Dia adalah seorang individu yang baik dan sukar untuk dilupakan.

"Saya tidak menganggap dia sesuai untuk hidup dalam suasana moden kerana tidak mampu menerima perubahan drastik," katanya.

Cerezo sebelum ini pernah merasai kehidupan bersama-sama Lang di dalam hutan selama seminggu.

Sumber: Harian Metro