WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

PENERIMA VAKSIN DIBENAR RAKAM VIDEO: KHAIRY

Kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, manakala jururawat juga perlu menunjukkan picagari


Back To Whats Hot

SHAH ALAM - Kerajaan membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, manakala jururawat juga perlu menunjukkan picagari, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, jururawat juga perlu menunjukkan picagari.

Sebelum ini, seorang individu membuat laporan polis mendakwa disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi.

Individu terbabit turut mendakwa petugas KKM terbabit memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.

Pada Khamis, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pula berharap orang ramai dibenarkan merakam gambar atau video ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 susulan beberapa dakwaan berkaitan kandungan vaksin yang diberikan tidak cukup dos malah ada juga yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong.

Sumber: Sinar Harian