WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

01.00pm - 04.00pm

SARAWAK MILIKI KAWALAN PENUH SUMBER MINYAK

PETROS EP (penerokaan dan pengeluaran) juga dalam kedudukan baik untuk memasuki beberapa Blok PSC akhir tahun ini


Back To Whats Hot

KUCHING: Sarawak kini mampu mengambil bahagian secara aktif dalam industri cari gali minyak dan gas selepas Perjanjian Penyelesaian Secara Komersial (CSA) dimeterai antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), baru-baru ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, sebagai permulaan, PETROS melantik syarikat untuk meneroka medan minyak di daratan berdekatan Miri dan Marudi.

Katanya, ia menunjukkan Sarawak kini sudah mempunyai kawalan penuh terhadap sumber minyak dan gasnya di daratan berdasarkan Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO58).

"PETROS kini sedang memuktamadkan Kontrak Petroleum dan Perjanjian Operasi Bersama untuk Blok SK433 dengan Petra Energy Development Sdn Bhd dan rakan usaha sama, Uzma Energy Venture SK433 Sdn Bhd.

"PETROS juga akan menjadi rakan ekuiti dalam Kontrak Petroleum yang menyumbang kepakaran ke arah kejayaan usahasama ini," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Sarawak 2021 di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petrajaya, malam tadi.

Abang Johari berkata, berkuatkuasa 1 Januari lalu, PETROS juga memeterai dua Kontrak Perkongsian Pengeluaran Luar Pesisir Sarawak (PSC), sebagai rakan kongsi ekuiti tidak beroperasi dan meletakkannya di tempat ketiga di belakang PETRONAS Carigali dan Shell dari segi kepentingan kerja pengeluaran gas semasa di Sarawak.

"PETROS EP (penerokaan dan pengeluaran) juga dalam kedudukan baik untuk memasuki beberapa Blok PSC akhir tahun ini.

"Dalam sektor hiliran pula, berdasarkan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016), PETROS sedang bekerja rapat dengan badan negeri lain untuk meningkatkan penggunaan gas domestik menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah bumbung Peta Hala Tuju Gas Sarawak Gas," katanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@bhnews@bh.com.my
Foto BERNAMA