WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

RELA PATAH KAKI, DILANGGAR REMAJA REMPUH SJR

Akibat daripada perlanggaran tersebut menyebabkan anggota RELA terbabit terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kiri, dikhuatiri patah tulang


Back To Whats Hot

KUCHING: Seorang anggota RELA yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 Batu 16 Jalan Kuching-Serian dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kirinya akibat dilanggar motosikal malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata mangsa, 21 tahun semasa kejadian bersama beberapa anggota polis dan RELA melakukan pemeriksaan rutin iaitu sekitar jam 8.15 malam.

Menurutnya, mereka didatangi tiga buah motosikal yang mana satu daripadanya tiba-tiba memecut laju dipercayai cuba merempuh sekatan tersebut sehingga melanggar mangsa.

"Akibat daripada perlanggaran tersebut menyebabkan anggota RELA terbabit terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kiri, dikhuatiri patah tulang.

"Manakala motosikal yang melanggarnya itu juga terjatuh menyebabkan penunggangnya mengalami kecederaan di siku dan lututnya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, penunggang motosikal ialah seorang lelaki remaja berusia 15 tahun kemudian ditangkap untuk siasatan lanjut.

"Suspek ditangkap selepas diberikan rawatan dan kini disiasat kerana kesalahan menunggang motosikal secara melulu," katanya.

Siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Manakala anggota RELA yang cedera dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HUS dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Jeremy Lanson