WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

EMPANGAN MUNGKIN RUNTUH BILA-BILA MASA - TENTERA CHINA

Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) memberi amaran hujan lebat berterusan menyebabkan kerosakan hingga 20 meter pada empangan Yihetan di Luoyang


Back To Whats Hot

BEIJING: Tentera China memberi amaran, sebuah empangan di tengah negara ini 'berkemungkinan runtuh pada bila-bila masa' selepas mengalami kerosakan teruk akibat hujan lebat bersama ribut yang telah mengorbankan sekurang-kurang tiga mangsa dan melumpuhkan aktiviti di rantau terbabit.

Pihak berkuasa cuaca mengeluarkan amaran peringkat tertinggi bagi wilayah Henan berikutan hujan lebat menyebabkan pelbagai gangguan dan kerosakan meluas, manakala penduduk terpaksa dipindahkan dari kawasan ditenggelami banjir.

Petang semalam, Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) memberi amaran hujan lebat berterusan menyebabkan kerosakan hingga 20 meter pada empangan Yihetan di Luoyang - sebuah bandar yang mempunyai kira-kira tujuh juta penduduk - dengan risiko 'berkemungkinan runtuh pada bila-bila masa.'

Pusat kawalan PLA memaklumkan, pihaknya sudah menghantar pasukan tentera untuk melaksanakan tindakan kecemasan.

"Pada 20 Julai, kerosakan hingga 20 meter berlaku pada empangan Yihetan... tebing sungai mengalami kerosakan teruk dan empangan itu berkemungkinan runtuh pada bila-bila masa," katanya dalam satu kenyataan.

China sering dilanda banjir ketika musim hujan setiap tahun yang mengakibatkan keadaan huru-hara, termasuk memusnahkan tanaman, kediaman serta jalan raya.

Sumber: Berita Harian
Foto fail AFP