• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

NIA RAMADHANI TAK RETI POTONG BUAH, HANYA TEMANKAN SAJA DI DAPUR

Terkenal dengan sikap jujurnya yang tidak tahu melakukan kerja rumah, baru-baru ini


Back To Whats Hot

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kisah kelakar dan fakta menghiburkan mengenai pelakon terkenal Indonesia, yang juga popular menerusi drama Bawang Putih Bawang Merah iaitu Nia Ramadhani menjadi bualan hangat netizen.

Sebelum ini perkongsian pelakon itu menjadi perhatian apabila menceritakan kisah kehidupan sewaktu kecil dimana dia pernah hidup susah sehingga perlu ke sekolah dengan menaiki van tambang.

Terkenal dengan sikap jujurnya yang tidak tahu melakukan kerja rumah, baru-baru ini Nia sekali kali membuat pendedahan dia tidak tahu berapa sukatan gula untuk diletakkan pada secara kopi.

Menerusi satu temu bual bersama YouTuber Ayu Dewi, pelakon itu mengakui agak takut ketika kali pertama diminta untuk menyediakan air kopi buat mentuanya.

Bukan itu sahaja, Nia juga akui tidak tahu sebarang asas memotong buah mahupun memasak. Ujarnya, setiap kali ahli keluarga memasak di dapur, dia hanya mampu menimani sahaja.

Katanya, meskipun dia tidak tahu masak ataupun melakukan kerja-kerja rumah namun ia tidak menjadi masalah buat ibu bapa mentuanya yang menerima dirinya seadanya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal