WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

“SAYA TAK PANDAI POLITIK, LEBIH MINAT KERJA DAKWAH & KEBAJIKAN”

Sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan


Back To Whats Hot

Sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Melihatkan usaha murninya yang tidak mengenal erti penat lelah dan cepat bertindak, pengguna media sosial telah mewujudkan tanda pagar #EbitLewForPM.

Bagaimanapun, pendakwah berusia 35 tahun itu tidak berminat untuk menceburi bidang politik. Ujarnya lagi politik bukanlah bidang yang sesuai untuk dirinya.

“Politik memang bukan bidang saya. Saya memang bukan orangnya dan terus terang, saya tidak pandai dan mengerti soal politik.

“Sekarang, saya lebih berminat dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Insya-Allah, saya akan terus begini dan niat saya sampai bila-bila pun begini,” katanya.

Sentiasa berdoa diberikan rezeki supaya dapat memberi bantuan sehingga tiada siapa pun yang tercicir, Ustaz Ebit berkata adakalanya dia terlepas pandang sehingga menerima kecaman, namun dia tidak berkecil hati.

“Saya berdoa agar suatu hari nanti mudah-mudahan Allah berikan saya rezeki yang lebih supaya saya dapat bantu lebih ramai orang hingga tiada seorang yang tercicir.

“Sekarang, saya kecewakan ramai orang. Ada yang marah saya dalam media sosial tetapi saya tak kecil hati langsung.

“Saya sedar ramai terdesak dan sangat memerlukan ketika pandemik ini. Mereka kecewa dan tak tahu apa nak buat. Sama-sama kita bantu semampu boleh,” ujarnya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal