WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

“TAK PERLU PAKAI MACAM PELACUR UNTUK REVIEW PRODUK”

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai tindakan segelintir personaliti media sosial memakai pakaian menjolok mata


Back To Whats Hot

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai tindakan segelintir personaliti media sosial memakai pakaian menjolok mata demi melariskan produk yang di promosikan sekaligus mengundang kecaman netizen.

Perkara itu turut mendapat perhatian Zarina Anjoulie yang menempelak tindakan tersebut. Menurut Anju, tiada guna untuk menarik perhatian netizen dengan berpakaian tidak senonoh sedangkan produk yang dijual tidak mendapat sambutan.

“Ada beberapa orang cakap aku pakai selekeh ketika reviu. Untuk akulah orang bayar aku untuk lakukan produk mereka.

“Influencer lain kebanyakannya tak berbaloi sebab menayang. Habuk pun tarak, jadi motif kau pakai macam GRO tapi jualan tak banyak? Kau pakai seksi kau kena hina. Orang bayar bukan untuk kau lacurkan badan atau dikecam,” tegasnya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Anju berkata dia lebih selesa dengan imejnya yang tidak bersolek atau berpakaian seksi kerana di dibayar untuk mempromosikan produk pelanggannya dan bukan menerima bayaran untuk berpakaian tidak senonoh semata-mata melariskan produk.

“Saya di kampung, saya banyak kerja. Pergi pasar, kejar ayam dan malas nak tukar baju. Pemilik produk membayar saya untuk menjual barang mereka, bukan untuk pakai macam pelacur untuk lariskan barang mereka. Tak ada gunanya,” katanya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal