WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

“HANYA 10 PERATUS SELEBRITI MEWAH, SELEBIHNYA KAIS PAGI MAKAN PAGI”

Zed Zaidi berkata agak sukar untuk menyekat kegiatan artis menawarkan khidmat seks kerana ia sentiasa mendapat permintaan golongan VIP


Back To Whats Hot

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai laporan dimana terdapat segelintir golongan selebriti dan Instafamous yang dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 satu malam dalam sindiket pelacuran kelas atasan.

Tidak menafikan perkara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata agak sukar untuk menyekat kegiatan artis menawarkan khidmat seks kerana ia sentiasa mendapat permintaan golongan VIP sejak dahulu lagi.

Katanya lagi, berdepan masalah kewangan antara punca artis menjual diri, malah Zed Zaidi tidak menolak kemungkinan ada kalangan artis yang hidupnya sekadar ‘kais pagi makan pagi’ sehingga terjebak dengan aktiviti tersebut.

“Kita kena faham, artis ini sebilangan kecil saja yang memang betul-betul mewah, hanya 10 peratus yang benar-benar stabil, selebihnya tidak.

“Lagi 90 peratus artis ini hanya `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Tiga bulan ada job, kemudian setahun straight tiada job,” katanya.

Menurut Zed Zaidi lagi, dengan peluang kerja terhad ditambah dengan stuasi pandemik COVID-19 mungkin menjadi punca ada artis yang tidak mampu bertahan terpaksa menjual tubuh untuk mendapatkan sumber kewangan.

“Dalam keadaan kesempitan hidup, kalau orang offer sikit sahaja, walaupun benda itu dalam keadaan yang tak baik, orang ambil juga. Hendak buat job susah, nak keluar buat job pun susah.

“Macam mana nak survive? Orang cucuk sikit dengan benda macam ini memang akan kelabu matalah,” katanya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal