• LISTEN NOW ON AIR

    03/29/24 - 03/29/24

WHAT'S NEXT

03/29/24 - 03/29/24

ISMAIL IZZANI TAK NAK SOROK KISAH CINTA

Walaupun masih muda, namun penyanyi Ismail Izzani enggan merahsiakan hubungan cintanya bersama penyanyi baru


Back To Whats Hot

Walaupun masih muda, namun penyanyi Ismail Izzani enggan merahsiakan hubungan cintanya bersama penyanyi baru, Shalma Eliana kerana baginya ia bukan suatu perkara yang salah hingga perlu disembunyikan.

Mengenali Shalma sejak di bangku sekolah lagi, Ismail berkata keluarganya juga sudah maklum dengan perhubungan mereka berdua. Ujarnya, memandangkan kekasihnya masih baru dalam industri, mereka banyak berkongsi soal kerjaya.

“Apabila terbuka, kami dapat berkongsi lebih banyak dan apa yang dikongsikan di laman sosial bukan benda buruk. Saya tahu ia tetap ada sisi negatif dan positif, mengikut cara seseorang memandang sebab pandangan setiap orang berbeza.

“Sesetengah orang positif akan nampak kami saling memberikan motivasi antara satu sama lain, apatah lagi kami dalam industri yang sama.

“Memandangkan Shalma masih baru dalam industri dan dia pun sedang membina nama, jadi kami lebih banyak berkongsi soal kerjaya. Malah, kami sentiasa mengingatkan diri perlu fokus pada diri dan kerjaya dahulu,” katanya.

Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, Ismail berkata pada awalnya dia sangkakan Shalma seorang yang bercita rasa tinggi namun apabila mengenali lebih dekat rupanya kekasihnya itu seorang gadis yang ringkas.

“Awalnya, saya ingatkan Shalma seorang yang bercita rasa tinggi. Waktu kami di tingkatan 3, saya pernah keluar dengannya bersama rakan lain dengan hanya berbekalkan RM20 dalam poket. Saya tiada keyakinan nak bercakap dengannya ketika itu.

“Bagaimanapun, Shalma ada menghantar mesej langsung (DM) pada 2018. Dia memberitahu lagu ‘cover’ pertamanya adalah lagu saya, Sabar. Saya teruja sebab daripada tingkatan 2 saya memerhatikannya.

“Dari situlah, kami mulai berhubungan dan apabila bertemu. Saya terkejut kerana Shalma seorang yang ringkas. Keperibadiannya juga bersahaja, itulah yang membuatkan saya tertarik,” katanya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal