WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'I'M BACK!' – SCHA ALYAHYA

Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya memohon maaf kepada semua pihak yang merisaukan keadaan dirinya ekoran akaun Instagram miliknya 'hilang'


Back To Whats Hot

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya memohon maaf kepada semua pihak yang merisaukan keadaan dirinya ekoran akaun Instagram miliknya 'hilang' semalam.

Scha menerusi video di Instagram Stroy berkata, apa yang berlaku hanyalah masalah teknikal ketika mahu membuat 'link' ke akaun media sosial lain.

"Saya ingin memohon maaf kerana tanpa sangaja 'deactivated' akaun sebab nak 'link' akaun ke media sosial lain. Kalau nak dicerita, panjang ceritanya dan saya tidak mahu buat anda bosan mendengarnya nanti.

"Apapun saya nak ucapkan terima kasih kepada anda yang merisaukan keadaan diri saya. Jangan risau saya dan bayi dalam kandungan baik-baik saja. Semuanya okey," katanya. 

Menurut Scha, dia mengakui berasa seronok apabila tiada IG namun platform itu sudah menjadi sumber mata pencarian dan sebahagian daripada kerjayanya.

"Sebenarnya seronok apabila tiada Instagram tapi nak buat macam mana, ia sebahagian daripada kerja. Jadi kena ada Instagram. Apapun saya sudah kembali," katanya.

Terdahulu misteri kehilangan laman sosial Instagram Scha sejak semalam mencetuskan tanda tanya warganet.

Lebih membimbangkan, hantaran terakhir Scha dengan ayat 'I've had enough' petang semalam membuatkan ramai pihak berasa bimbang dengan keadaan dirinya yang sedang hamil.

Malah tidak kurang juga yang menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu 'berehat' dari media sosial.

Sumber: Harian Metro
oleh Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my