WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ISMAIL IZZANI ADA SEBAB KUKUH RAKAM MUZIK VIDEO DALAM GEREJA

Melakukan penggambaran muzik video untuk lagu terbaharunya berjudul Ada Cara di sebuah gereja


Back To Whats Hot

Melakukan penggambaran muzik video untuk lagu terbaharunya berjudul Ada Cara di sebuah gereja, penyanyi muda Ismail Izzani berkata dia bersedia untuk berdepan dengan kecaman netizen yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Sedar pemilihan lokasi penggambaran video muzik tersebut akan menimbulkan sensitiviti, namun Ismail berkata dia mempunyai sebab kukuh dan berpegang pada mesej yang yang mahu disampaikan menerusi lagu berkenaan.

“Saya bersedia dengan segala kemungkinan. Cuma apa yang saya mahu tekankan ialah mesej yang cuba disampaikan dalam video video ini.

“Saya mahu penonton nampak jalan cerita tentang sepasang kekasih tetapi berbeza agama. Saya memilih gereja supaya senang orang faham konteks jalan cerita Ada Cara menyentuh soal agama. Jadi saya tidak rasa ada yang salah,” katanya kepada Kosmo!

Kata Ismail lagi, penggambaran video muzik yang dilakukan di sebuah gereja di Damansara, Petaling Jaya itu turut memberi pengalaman baharu buat dirinya dan akui kekok pertama kali masuk ke tempat berkenaan.

“Mestilah rasa pelik sebab ini kali pertama saya masuk ke situ. Rasa tidak biasa dan kekok. Sampaikan saya terpaksa ambil masa selama setengah jam untuk bersedia sebelum memulakan penggambaran.

“Tetapi apabila fikirkan tentang mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, saya perlu buat yang terbaik. Lirik lagu ini sendiri pun sudah mendalam, ditambah dengan visual dalam gereja membuatkan hasilnya sangat mengagumkan.

“Apatah lagi lagu ini berkisar tentang agama. Kisah cinta seorang lelaki yang berpegang teguh kepada agamanya. Manusia berbeza tetapi Tuhan hanya satu dan lelaki dalam lagu memilih Tuhannya,” katanya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal