• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

KATA SEMANGAT DARIPADA BELLA ASTILLAH UNTUK ALIFF AZIZ

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 26, memberikan kata-kata semangat terhadap suaminya, Aliff Aziz yang dijatuhi hukuman penjara


Back To Whats Hot

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 26, memberikan kata-kata semangat terhadap suaminya, Aliff Aziz yang dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura, baru-baru ini.

Bella menerusi Instagram turut berpesan kepada Aliff untuk kekal tabah dan mengakui tidak sabar dipertemukan kembali dengannya tidak lama lagi.

"Kami akan menunggu dengan penuh sabar, sayang. Kekal kuat dan ketahuilah bahawa kami menyayangimu sangat-sangat. Puteri awak yang cantik, Ara Adreanna juga tak sabar nak jumpa bapa dia tau," katanya menerusi perkongsian foto mereka sekeluarga yang diambil tahun lalu.

Selasa lalu, penyanyi Sayang Sayang itu mengaku bersalah atas tuduhan mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai yang dilakukan pada 7 Ogos lalu.

Menerusi kertas pertuduhan yang dibacakan, Aliff didakwa mencuri wang sebanyak RM915 dan RM285 milik pelakon dan ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri di dalam bilik hotel di Nanson Road berdekatan Havelock Road, Singapura.

Sementara itu, dalam kes berbeza, Aliff didapati mabuk di bawah jambatan pusat beli-belah Orchard Towers pada jam 5.30 pagi pada 10 November tahun lalu.

Ketika kejadian, seorang pegawai polis melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang.

Sarjan Theodore Lee meminta Aliff untuk bertenang dan dia mematuhinya sebelum berlalu pergi dan melakukan perkara serupa kira-kira satu jam kemudian.

Kali ini, Aliff didakwa berjalan menuju ke sebuah teksi dan menyepak 'bumper' teksi berkenaan tetapi tiada kerosakan berlaku.

Sumber: Harian Metro
oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my