WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KANYE WEST KENCING TROFI GRAMMY

Penyanyi rap dan penerbit muzik, Kanye West, 43, mencetus kontroversi lagi apabila berkongsi video dia membuang air kecil


Back To Whats Hot

Los Angeles: Penyanyi rap dan penerbit muzik, Kanye West, 43, mencetus kontroversi lagi apabila berkongsi video dia membuang air kecil ke arah satu daripada trofi Anugerah Grammy yang pernah dimenanginya.

Tindakan itu dilakukan sebagai protes terhadap beberapa siri ciapan yang mengkritik syarikat rakaman berhubung pemilikan hak cipta artis untuk muzik mereka.

"Percayalah, saya takkan berhenti," katanya menerusi perkongsian video berkenaan.

West adalah antara artis bernama besar yang menuntut untuk diberikan hak cipta terhadap rakaman asli karyanya.

Kebanyakan artis memberikan hak cipta mereka terhadap rakaman asli kepada syarikat rakaman untuk satu tempoh masa atau mengikut jangka masa hak cipta ditetapkan.

Syarikat rakaman kemudian boleh mengeluarkan lesen untuk menggunakan karya itu untuk pelbagai tujuan.

Penyanyi Taylor Swift juga antara yang berdepan krisis sama terhadap karya asalnya baru-baru ini.

Swift mendakwa dia tidak dibenarkan sebuah syarikat rakaman menyanyi lagu lamanya di sebuah acara disebabkan hak cipta adalah milik mereka.

Dalam sebuah siri ciapan, West turut mengkritik Universal Record dan Sony Music dengan menyamakan industri muzik ibarat kapal hamba abdi.

Dia berjanji tidak mahu hasilkan lagu jika tidak diberikan hak milik memegang rakaman aslinya.

Video berkenaan mendapat tontonan lebih 21 juta di mana West meletakkan trofinya dalam lubang tandas sebelum membuang air kecil.

Sumber: Harian Metro