WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

LUNA MAYA TINGGAL RM25 SAJA

Gara-gara berbelanja atas talian tanpa had, pelakon Luna Maya, 37, pernah berdepan kesukaran wang


Back To Whats Hot

Jakarta: Gara-gara berbelanja atas talian tanpa had, pelakon Luna Maya, 37, pernah berdepan kesukaran apabila wang dalam akaun banknya hanya berbaki RM25 (89,000 Rupiah).

Dalam temubual bersama Ayu Dewi, Luna menyedari dirinya tidaklah sekaya mana walaupun berstatus artis popular.

"Orang selalu ingat artis banyak duit dan tidak pernah kehabisan. Hakikatnya, tidak ya. Saya pernah dalam akaun bank cuma berbaki 89,000 Rupiah (RM25) saja," katanya.

Pelakon Mantan itu bagaimanapun menjelaskan wangnya dalam akaun susut disebabkan membayar bil telefon dan bukannya faktor lain termasuk dicuri.

"Bukan dicuri tapi habis. Pindah, pindah, pindah, selepas itu tengok sudah tak ada duit. Selepas melihat baki itu, baru tahu duit saya tidaklah banyak," katanya.

Sumber: Harian Metro