WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

6 RAPPER 1 LAGU

Enam penyanyi rap iaitu Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta dan YonnyBoii tampil dengan single baharu


Back To Whats Hot

Jika sebelum ini arena muzik Hip Hop hanya diminati kelompok sendiri, bagaimanapun tidak dapat dinafikan lagi apabila genre itu kini semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai apatah lagi generasi muda.

Apa tidaknya, lirik-lirik yang ditulis bukanlah kiasan semata-mata, malah ia meninggalkan kesan yang cukup bermakna terutama mesej yang diterjemahkan sarat dengan unsur positif.

Terbaharu, enam penyanyi rap iaitu Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta dan YonnyBoii tampil dengan single baharu dengan kerjasama jenama fesyen urban streetwear tempatan, Playaz.

Lagu berjudul Playaz dihasilkan sempena meraikan ulang tahun ke-19 jenama itu yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi.

Menurut penyanyi rap dan penerbit, Luca Sicta, lagu itu menceritakan mengenai semangat kental yang wujud dalam arena Hip Hop di Malaysia.

"Lagu ini berbeza dengan karya terbitan dan adunan saya sebelum ini. Menerusi lagu ini saya cuba bereksperimentasi ke arah rentak 'urban trap beat'.

"Semestinya lagu ini menjanjikan kelainan apabila enam rapper bergabung dalam satu lagu dengan gaya tersendiri," katanya.

Sementara itu, pengasas Playaz, Moiz Ali berkata, dia teruja apabila single terbabit dijayakan dengan enam penyanyi hebat.

"Jenama ini dibina ketika arena Hip Hop tempatan sedang berkembang pesat. Kami cuba memenuhi permintaan pasaran bagi fesyen sub-budaya remaja dengan menyediakan produk yang menawarkan gaya mudah, berkualiti tinggi dan mengikut trend terkini," katanya.

Single terbitan Universal Music Malaysia itu boleh distrim di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.

Sumber: Harian Metro
oleh Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my