WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

“TAK PERLU LELAKI UNTUK TANGGUNG SAYA”

Sering dilabel sebagai seorang wanita yang ‘high maintenance’, pelakon kontroversi Fatin Afeefa berkata dia tidak kisah


Back To Whats Hot

Sering dilabel sebagai seorang wanita yang ‘high maintenance’, pelakon kontroversi Fatin Afeefa berkata dia tidak kisah dengan apa sahaja gelaran yang diberikan oleh netizen terhadap dirinya.

Menurut Fatin, baginya yang lebih penting apa dimilikinya hari ini adalah hasil kerja keras dan titik peluhnya sendiri. Tegas Fatin lagi, dia tidak perlukan lelaki untuk menganggung dirinya kerana dia mampu untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

“Orang kata saya high maintenance dan susah nak jaga tapi saya tak minta pun mereka jaga saya. Saya high maintenance sebab saya kerja.

“Sekarang saya masih dapat rezeki, menjadi duta dan sebagainya. Jadi, apa sebab saya tak mampu nak pakai apa yang saya inginkan? Pada masa sama, tak perlu lelaki untuk tanggung saya,” katanya kepada Media Hiburan.

Mengulas mengenai soal untuk mendirikan rumah tangga, ibu kepada dua cahaya mata itu tidak berminat untuk berkahwin buat masa ini. Tegasnya, dia tidak mahu berkahwin semata-mata untuk memuaskan hati orang.

“Netizen minta saya kahwin, tapi kalau nak kahwin hanya semata-mata untuk puaskan hati dan tutup mulut orang, saya rasa tidak.

“Sebab nanti yang kahwin dan merana tu ialah saya dan bukan orang luar. Saya tak berminat untuk berumah tangga buat masa ini.

“Saya sangat gembira dengan hidup sekarang yang mana saya boleh fokus kerja dan anak-anak saya. Jadi saya tidak perlu fikir pasal masalah lain,” akhirinya.

Sumber: ROTIKAYA
oleh Farizan Zainal