• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

BIEBER TERUS CARI WANITA SEBAR FITNAH

Justin Bieber mendapat keizinan mahkamah untuk meminta Twitter mengenal pasti identiti sebenar dua wanita yang menuduh dirinya melakukan gangguan seks


Back To Whats Hot

Penyanyi, Justin Bieber mendapat keizinan mahkamah untuk meminta Twitter mengenal pasti identiti sebenar dua wanita yang menuduh dirinya melakukan gangguan seksual terhadap mereka.

Bulan lalu, Bieber memfailkan saman berjumlah RM43 juta setiap seorang terhadap tuduhan dua wanita dikenali Danielle dan Kadi di Twitter yang mana secara faktanya adalah salah sama sekali.

Menerusi dokumen mahkamah kes berkenaan, Bieber memberitahu fitnah yang dilemparkan itu mungkin dilakukan seorang pemilik akaun yang ingin merosakkan reputasinya.

Berkenaan tuduhan itu, Bieber ternyata memiliki alibi kukuh untuk membuktikan dakwaan wanita itu tidak benar.

Terdahulu dua wanita tampil membuat tuduhan pernah diganggu secara seksual oleh Bieber. Wanita pertama mendakwa Justin mencabulnya pada 2014, manakala wanita kedua mengatakan dia dicabul pada 2015.

Bagaimanapun, Bieber menafikan dakwaan itu dan mengambil serius isu tuduhan itu.

Sumber: Harian Metro