• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

'SAYA YAKIN DOA SUAMI SENTIASA BERSAMA' - BELLA ASTILLAH

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 26, sudah bersedia untuk masuk bersendirian ke dewan bersalin tanpa ditemani suaminya


Back To Whats Hot

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah, 26, sudah bersedia untuk masuk bersendirian ke dewan bersalin tanpa ditemani suaminya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz di sisi.

Bella atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah berkata apa yang diharapkan semoga proses melahirkan anak keduanya yang dijangka pada 17 Julai ini dipermudahkan Allah SWT.

"Apapun, saya yakin doa suami sentiasa bersama. Begitu juga dengan doa daripada keluarga saya dan mentua yang tak sabar menanti kelahiran cucu baharu.

"Aliff pun walau sudah beberapa bulan kami tidak berjumpa kerana penularan Covid-19, dia tetap menghubungi saya setiap hari untuk bertanya khabar.

"Alhamdulillah, Allif sangat bertanggungjawab sebagai suami dan bapa meskipun kami dipisahkan oleh dua negara. Saya sangat bersyukur," katanya.

Ujar Bella, kini fokusnya ditumpukan untuk ketenangan diri bagi menghitung hari sebelum proses kelahiran bayi kedua dengan selamat dan sihat.

Terdahulu, Aliff dan Bella bernikah pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Mohammad Ayden Adrean kini berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, hubungan rumah tangga pasangan ini dilanda badai hingga akhirnya membawa mereka bercerai pada 16 Mei tahun lalu. Namun, atas dasar kasih sayang yang masih menebal, mereka rujuk semula ketika di dalam tempoh edah.

Meskipun, awalnya merahsiakan mereka sudah rujuk, Bella bagaimanapun mengesahkan perkara itu ketika membuat perbualan langsung dengan pengikutnya di Instagram (IG) dan memaklumkan dia juga hamil.

Sumber: Harian Metro
oleh Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my
FOTO IG Bella Astillah