WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BAYAR RM1 TONTON KONSERT JOE FLIZZOW

Penyanyi hip hop popular Joe Flizzow berhasrat mengadakan konsert virtual dengan harga tiket RM1 sahaja


Back To Whats Hot

Penyanyi hip hop popular Joe Flizzow berhasrat mengadakan konsert virtual dengan harga tiket RM1 sahaja bagi menghargai peminat yang terus menyokong kerjayanya.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 41, berkata, idea itu tercetus berikutan persembahan atas talian menjadi platform paling praktikal ketika ini.

"Saya terfikir untuk mengadakan konsert virtual itu disebabkan keberkesanannya terbukti terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini. Saya mahu peminat membayar RM1 sahaja.

"Kenapa RM1? Saya yakin mereka semestinya tidak kisah membayar apatah lagi ia boleh diakses dengan mudah di mana-mana menerusi platform tertentu seperti Zoom dan lebih ramai boleh strim jika tetapkan harga tiket pada kadar itu.

"Saya berharap dapat merealisasikannya dalam masa terdekat ini dan saya janjikan kualiti konsert terbaik serta berbaloi. Ini adalah tanda penghargaan saya buat peminat yang ternanti-nanti persembahan saya," katanya.

Joe yang kini rancak mempromosi lagu baharunya Kuasa juga mengakui sangat bersetuju dengan peraturan ditetapkan kerajaan yang mengehadkan cuma 250 penonton boleh hadir di acara hiburan.

Menurutnya, dia sendiri lebih puas jika kuantiti penonton dikurangkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya lebih dekat dengan penonton yang hadir.

"Saya bermula dari 'underground' di mana persembahannya cuma dihadiri sekitar 100 orang. Jadi, saya tiada masalah apabila membuat persembahan di hadapan 250 orang bukannya beribu-ribu.

"Saya rasa acara kecil begitu akan lebih mesra dan dapat mendekati peminat lebih rapat. Oleh itu, saya berpendapat artis lain juga kena setuju dengan peraturan ditetapkan kerajaan itu sebagai mematuhi SOP," katanya.

Sumber: Harian Metro
oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my