WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

AFGAN TERUSKAN KONSERT SECARA 'VIRTUAL'

Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta, Afgan Syareza dijangka akan meneruskan perancangannya untuk penganjuran Konsert Sedekad Afgan


Back To Whats Hot

Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta, Afgan Syareza dijangka akan meneruskan perancangannya untuk  penganjuran Konsert Sedekad Afgan yang dijangka berlangsung pada 9 Ogos ini.

Bagaimanapun, menyedari jangkitan Covid-19 masih menular di Indonesia, penganjuran konsert istimewa Afgan itu akan dibuat secara 'live streaming.

Menurut Afgan, 31, sekarang masa sesuai untuk memberi hiburan kepada masyarakat melalui pengalaman menonton yang baharu iaitu secara virtual. Justeru, keselamatan penonton pun terjamin.

"Saya ucapkan terima kasih di atas sokongan dan sambutan hangat yang selalu anda semua (peminat) berikan pada setiap karya lagu saya.

"Atas sebab itu, saya ingin memberi apresiasi terbesar buat anda semua walaupun kita tahu situasi sekarang agak terbatas," katanya.

Menurut Afgan, dia akan terus hiburkan semua peminatnya dengan konsep persembahan baharu.

Dia berharap usahanya itu dapat dinikmati bersama peminat dan mengubat rindunya untuk menyanyi.

Konsert Sedekad Afgan yang sudah 10 tahun membina kerjaya nyanyian di Indonesia boleh ditonton peminat-peminatnya dengan mengakses Kaskus TV.

Jualan tiket juga sudah dibuka sejak kelmarin.

Sumber: Harian Metro