WHAT'S NEXT

CATS XPOSED - ETHNIC

02.00pm - 04.00pm

AMYZA TUNTUT GANTI RUGI LEBIH RM1 JUTA PADA ZARINA ANJOULIE

Pelakon yang membintangi drama Budak Tebing, Amyza Aznan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta


Back To Whats Hot

Pelakon yang membintangi  drama Budak Tebing, Amyza Aznan menuntut ganti rugi am melebihi RM1 juta, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan kepada pelakon Zarina Anjoulie.

Menerusi kenyataan media Amyza, tuntutan itu dibuatnya dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 3 Julai lalu terhadap saman dan pernyataan tuntutan oleh Zarina.

Dalam tuntutannya juga, Amyza memohon perintah injunksi bagi menghalang Zarina atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah yang telah diterbitkan.

Amyza turut menuntut permohonan maaf daripada Zarina dan ianya perlu disiarkan di media cetak dan di laman Facebook juga Instagram Zarina.

Sebelum itu, memorandum kehadiran sudah difailkan Amyza pada 1 Julai lalu, selepas carian fail mengenai kertas-kertas kausa tindakan guaman yang dibawa Zarina berjaya dilakukan melalui e-kehakiman.

Di dalam pernyataan pembelaan itu juga, Amyza menafikan bahawa dia ada terbabit mengeluarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap Zarina melalui aplikasi Telegram di dalam kumpulan Covid-19 Persatuan SENIMAN.

Selanjutnya, Amyza turut menafikan bahawa hantaran di aplikasi 'Instagram' miliknya merupakan fitnah kepada Zarina.

Selain itu, Amyza  juga memfailkan satu saman melalui tuntutan balas terhadap Zarina yang telah secara terang memfitnahnya melalui 'posting' di laman Instagram dan secara rakaman video di aplikasi Facebook pelakon terbabit.

Dakwaan-dakwaan fitnah oleh Zarina jelas berniat jahat dan mendorong serta mencipta sangkaan buruk orang awam terhadap Amyza.

Justeru, saman dan tuntutan balas ini sudah diserahkan kepada peguamcara Zarina pada 3 Julai lalu.

Sehubungan itu, bagi permohonan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimohon oleh Zarina, satu afidavit balasan oleh Amyza juga sudah difailkan pada 3 Julai lalu dan diserahkan kepada peguamcara Zarina pada tarikh yang sama.

Sumber: Harian Metro

oleh Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my
FOTO Faiz Anuar