WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PEMAIN BASS MAROON 5 DITAHAN

Pemain bass Maroon 5, Mickey Madden, 41, ditahan polis selepas dituduh melakukan jenayah domestik


Back To Whats Hot

Pemain bass Maroon 5, Mickey Madden, 41, ditahan polis selepas dituduh melakukan jenayah domestik terhadap pasangannya, Ahad lalu.

Madden ditahan di Los Angeles, Amerika Syarikat di bawah kesalahan kod penalti 273.5(a) yang menyebabkan kecederaan trauma terhadap pasangan.

Dia dikatakan tidak memiliki hubungan perkahwinan dengan mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu.

Bagaimanapun, Madden dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM214,124.

Jika disabitkan bersalah, dia boleh dipenjara tidak lebih enam tahun dan bayaran penalti RM25,697.

Jurucakap Maroon 5 berkata, berita penahanannya itu sangat mengecewakan dan akan mengambil serius kes terbabit.

"Kami sangat dukacita dengan berita yang sangat mengecewakan itu. Selepas mendapat tahu lebih lanjut, kami sedang meneliti kes ini dengan sangat serius.

"Buat masa ini, kami memberi laluan kepada semua yang terbabit dalam kes itu untuk mencari jalan penyelesaian," katanya.

Ini bukan kali pertama Madden pernah berdepan dengan tindakan undang-undang. Sebelum ini dia pernah ditangkap selepas dituduh mengambil dadah jenis kokain pada 2016.

Sumber: Harian Metro