WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

ALBUM SITI HABIS DIJUAL

Sehari selepas pra-tempahan dibuka, album terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul ManifestaSITI2020 habis dijual


Back To Whats Hot

Sehari selepas pra-tempahan dibuka, album terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul ManifestaSITI2020 habis dijual.

Tempahan untuk pembelian album berkenaan dibuka sejak semalam dan sehingga tengah hari, hari ini, ia berjaya dijual sebanyak 2,000 unit.

Jumlah itu adalah untuk tempahan bagi keluaran pertama dan untuk keluaran kedua akan dibuka selepas ini.

Siti berkata, walaupun penjualan album fizikal tidak lagi sehebat dulu, tetapi masih mempunyai nilai sentimental buat peminat.

"Perasaan gembira, berdebar, semua ada kerana begitulah perasaan setiap kali album bakal keluar. Saya tidak tahu apa reaksi dan penerimaan penggemar muzik kerana selera seseorang tidak sama," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, album itu menerapkan kepelbagaian melodi bagi memberi alternatif kepada peminat.

"Universal Music dan Siti Nurhaliza Productions (SNP) masih menerbitkan album fizikal kerana ia sesuatu yang sentimental kepada peminat dan dapat dijadikan koleksi.

"Album ini juga ada didatangkan dengan 'booklet' dan ini menjadi pakej yang memuaskan hati peminat serta penantian mereka juga berbaloi.

"Kami juga yakin dengan adanya Affiliate SNP atau ejen SNP yang menjual album ini, angka jualan akan bertambah dari semasa ke semasa kerana pembelian pra-tempahan juga memberangsangkan," katanya.

Ia ialah album solo studio ke-18 Siti dan memuatkan 11 lagu. Lima daripadanya sudah dilancarkan sebagai single iaitu Anta Permana, Terang, Kasihku Selamanya, 7 Nasihat dan Basyirah serta lagu rakaman semula, Teratai Menjelma nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Antara komposer yang terbabit dalam album kali ini ialah Aubrey Suwito, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Pown Hasril, Melly Goeslow, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, John Jeevasingham, Ryan Kyoto, Kmy Kmo dan ramai lagi.

Sumber: Harian Metro
oleh Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my
FOTO ihsan Siti