WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

BLACKPINK TERUS UNGGUL CIPTA REKOD BAHARU

Blackpink mencipta rekod baharu apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama mendapat jumlah tontonan melebihi 1.2 billion di YouTube


Back To Whats Hot

Blackpink mencipta rekod baharu apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama mendapat jumlah tontonan melebihi 1.2 billion di YouTube untuk video lagu Ddu Du Ddu Du, hari ini.

Lagu berkenaan dilancarkan pada 2018 dan tepat pagi hari ini, jumlah tontonannya melebihi angka terbabit. Setakat ini, hanya BLACKPINK berjaya melakar sejarah itu sebagai artis berkumpulan dari Korea.

Rekod tertinggi masih lagi dipegang Psy yang benar-benar mencetuskan fenomena di seluruh dunia tidak lama dulu. Dua lagunya iaitu Gangnam Style dan Gentleman masing-masing memiliki jumlah tontonan 3.6 billion dan 1.6 billion.

Youtube, video lagu Ddu Du Ddu Du.
Youtube, video lagu Ddu Du Ddu Du.

Terdahulu, BLACKPINK turut mencipta rekod apabila single terbaru mereka How You Like That menjadi lagu baharu terpantas mencapai jumlah tontonan 50 juta di YouTube.

Kumpulan itu hanya mengambil 11 jam 25 minit untuk mencapai angka berkenaan. Rekod sebelum ini dipegang kumpulan BTS menerusi muzik video Boys With Luv yang berjaya mencapai angka itu dalam tempoh 13 jam.

Lagu How You Like That adalah pertaruhan terbaru mereka selepas lama dinantikan peminat seluruh dunia. Ia membuktikan kumpulan itu ternyata penyanyi paling fenomena sekarang.

Sumber: Harian Metro