WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

PENANTIAN TIGA TAHUN BERNOKTAH

Album ManifestaSITI2020 umpama satu penzahiran dan mewujudkan apa yang Datuk Seri Siti Nurhaliza mahu laksanakan, keluarkan, jelaskan dan kongsi


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Cinta dan perjuangan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadap dunia seni tidak pernah pudar.

Penantian selama tiga tahun untuk menghadirkan album ke-18 buat peminat bakal sampai ke kemuncak. Album terbaharu berjudul ManifestaSITI2020 itu akan dilancarkan secara digital dan fizikal bermula 3 Julai ini.

"Selama setengah tahun album ini mengambil masa untuk disiapkan. Benar, sabar itu indah dan penuh hikmah.

"Album ini asalnya mahu dipasarkan April lalu sempena 24 tahun usia pembabitan dalam industri. Namun, tak kesampaian kerana ada kerja produksi yang belum siap sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada Mac lalu. Kerja tertangguh seketika dalam tempoh PKP.

"Apabila masuk fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya kembali memulakan kerja yang perlu dipersiapkan untuk album ini. Seterusnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), segala kerja dan sentuhan akhir album yang membabitkan kerja penggambaran dapat diteruskan.

"Album ini bakal menemui peminat sedikit masa lagi, saya memanjat kesyukuran kerana penantian ini bakal bernoktah. Ia sekaligus melenyapkan kerinduan peminat yang setia menanti," katanya yang kali terakhir muncul dengan album SimetriSiti pada 2017.

Mengulas judul album ManisfestaSITI2020, ibu kepada Siti Aafiyah Khalid itu menyifatkan ia sinonim dengan pelaksanaan album dan situasi dirinya pada tahun ini.

"Ia juga seperti satu penzahiran dan mewujudkan apa yang saya mahu laksanakan, keluarkan, jelaskan, kongsi dan semuanya terangkum indah menerusi album ini," katanya kepada BH Online.

Album yang memuatkan 11 lagu termasuk single yang dipromosikan Siti sebelum ini seperti Terang, 7 Nasihat dan Basyirah.

Istimewanya, penyanyi kesayangan ramai itu turut merakamkan semula lagu Allahyarham Datuk Sudirman iaitu Teratai Menjelma.

Antara komposer yang terbabit dalam album itu termasuklah Hael Husaini, Ezra Kong, Ippo Hafiz, Melly Goeslaw, Aubrey Suwito dan Ryan Kyoto dari Indonesia.

Album ManisfestaSITI2020 diterbitkan Siti Nurhaliza Productions bekerjasama dengan Universal Music Malaysia.

Sumber: Berita Harian
oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my
Foto Datuk Seri Siti Nurhaliza