WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KESAN MENINGITIS MASIH ADA

Walaupun penyakit meningitis dihidapi pelakon Eric Fuzi sudah 11 tahun berlalu


Back To Whats Hot

Walaupun penyakit meningitis dihidapi pelakon Eric Fuzi sudah 11 tahun berlalu, namun kesannya masih dialami hingga sekarang.

Eric, 28, yang juga pemain keyboard kumpulan Floor 88 berkata, ada beberapa kesan yang dia harus akur dan menerima dengan lapang dada akibat daripada penyakit itu.

"Salah satunya ialah mata saya tak boleh terdedah dengan banyak cahaya. Penglihatan akan kabur dan disebabkan itu saya selalu memakai cermin mata hitam tak kira masa. Selain itu, melintas jalan pada waktu malam pun saya takut kerana bermasalah dengan cahaya. Sekarang, saya sangat berhati-hati dan begitu menjaga kesihatan diri," katanya.

Menurut Eric, sebagaimana kita semua perlu ikut nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang menyarankan supaya kerap membasuh tangan dan memakai pelitup muka untuk pencegahan Covid-19, begitu juga harus waspada dengan penyakit meningitis.

"Meningitis yang juga penyakit berpunca daripada jangkitan kuman pada saraf selaput otak ini sangat bahaya. Jadi, kita perlu peka kerana jangkitannya daripada cecair rongga seperti telinga dan hidung.

"Doktor memaklumkan penyakit meningitis saya berpunca daripada masalah resdung. Apapun, kunci utama kena hati-hati dan amalkan penjagaan kesihatan. Hargai juga orang sekeliling yang sayangkan kita," katanya.

Menurut Eric, dia bersyukur kerana selama sebulan terlantar sakit dan mendapatkan rawatan di hospital pada 2008, ibu bapa serta keluarga sentiasa di sisi.

"Ibu setiap masa ada bersama ketika itu dan pengorbanannya sangat dihargai. Jika tiada keluarga bersama saya, mungkin tidak ada semangat untuk berjuang menghadapi penyakit itu.

"Walaupun ketika sakit itu saya berusia 16 tahun dan remaja, kasih sayang keluarga sebenarnya menjadi penguat semangat buat diri kita. Apatah lagi, bila terlantar sakit hanya keluarga sahaja sering bersama di sisi.

Eric berkata, kepada mereka yang masih memiliki ibu bapa, hargailah kerana pengorbanan ibu bapa itu sangat besar. Begitu juga dengan adik-beradik yang sentiasa bersama. Sekarang, saya sangat utamakan keluarga. Terima kasih tak terhingga buat mereka yang sentiasa ada dengan saya selama ini. Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah," katanya.

Berkongsi pengalamannya, Eric berkata dia sudah merasai nyawa ada di hujung tanduk ketika berjuang melawan penyakit meningtis itu.

Katanya, ia kenangan yang tidak akan dilupakan dan betapa dia syukur masih dipanjangkan umur.

Sumber: Harian Metro
oleh Norhayati Nordin
norhayati_nordin@hmetro.com.my