WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

AKIM, STACY 'ASAH' SUARA DI RUMAH

Akim, Stacy dan anak-anak mengabadikan kenangan pada sambutan Aidilfitri


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Tiga bulan 'berkurung' membuatkan Akim Ahmad gian menyanyi di khalayak ramai.

Biarpun sudah kembali bekerja dengan menjadi juri program Suara Viral, vokalis kumpulan Akim & The Majistret mengaku kepuasannya tidak sama.

Akim rindu membuat persembahan di hadapan peminat, namun, akur dengan keadaan negara yang belum pulih daripada pandemik COVID-19.

Enggan kualiti vokal terjejas akibat terlalu lama tidak menyanyi, Akim bersama isteri, Stacy Anam menggunakan platform saluran YouTube sebagai tempat mereka melepaskan gian.

Sesi yang dikenali sebagai OneTakeCoustic digunakan pasangan itu untuk mengasah vokal masing-masing.

"Sesi itu adalah cetusan idea bersama isteri dan Freddy dari Hyper Act. OneTakeCoustic adalah program suka-suka tetapi tak sangka ia mendapat sambutan peminat.

"Walaupun saya ada saluran YouTube, namun, disebabkan Stacy ada lebih ramai pelanggan, kami memilih menyiarkan program itu di salurannya.

"Alhamdulillah, kami dapat menjana pendapatan tambahan melalui YouTube," katanya.

Akim berkata, dia juga menggunakan kesempatan mencari idea bagi menghasilkan lagu duet baharu bersama isteri selepas lagu mereka, Aku, Kau & Muzik mendapat sambutan.

"Dalam mencari lagu baharu, perlu difikirkan kami membawa genre muzik berbeza. Ini memberi sedikit cabaran untuk menggabungkan dua karakter berbeza dalam sebuah lagu.

"Proses untuk mencipta lagu tidak mengambil masa yang lama. Sebaliknya, proses untuk menyusun muzik itu sedikit mencabar.

"Demi mengelak terlalu banyak masa dihabiskan dalam studio, kami membuat rakaman di rumah. Langkah ini diambil supaya apabila proses sebenar dilakukan di studio, tidak banyak kesalahan dibuat," katanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Serimah Mohd Sallehuddin
bhhip@bh.com.my
Foto IG Akim Ahmad